Friday, August 6, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak tahun 2010

Sedar tak sedar sudah hampir untuk umat Islam berpuasa. Kepada semua warga SMK Tambun diharapkan dapatlah anda semua berpuasa penuh pada tahun ini. Insyaallah....

Kepada semua Warga SMK Tambun
Selamat Berpuasa pada bulan Ramadhan ini pada hari Rabu(mungkin) 11.8.2010.

P.S: Jangan Tinggal Puasa.... Jangan tipu Kalau tak Puasa....

Sekolah Lestari

Definisi Sekolah Lestari
 
Sekolah Lestari merupakan satu Anugerah Alam Sekitar yang dinobatkan kepada sekolah yang dapat menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar di dalam pendidikan merangkumi aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan. Pendidikan alam sekitar meliputi tanggungjawab manusia terhadap alam sekitar dalam memastikan keseimbangan ekosistem terjamin. Ini merangkumi bagaimana manusia dapat menjalankan langkah yang bijak dalam menguruskan hidupan di bumi.
 
Sehubungan dengan itu, SMK Tambun dengan berbesar hati telah mendaftar sebagai peserta Sekolah Lestari mulai tahun 2009. Diharapkan semua warga SMK Tambun bekerjasama bagi menjayakan program ini dan terus menjadi pencinta alam sekitar.
 
Objektif 
 
  • Membuka mata warga sekolah untuk lebih menghargai alam sekitar dalam kehidupan seharian
  • Memupuk nilai murni alam sekitar di kalangan warga sekolah
  • Menjadikan sekolah sebagai medium mempraktikkan amalan hidup lestari
  • Meningkatkan ilmu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar 
 
Ikrar Alam Sekitar
 
Bahawa kami rakyat  Malaysia
Berikrar akan sentiasa berusaha
Dengan penuh dedikasi
Dan bertanggungjawab
Untuk mengekal dan meningkatkan
Kualiti alam sekitar
Dengan memperseimbangkan
Pembangunan negara
Dan melindungkan alam sekeliling kita
Berdasarkan konsep
Pembangunan berterusan
Selaras dengan Deklarasi Langkawi
Semoga negara
Sentiasa bersih, indah
Disayangi serta dihormati
 

Program "Al-Quran Petunjuk Hidupku"

Bermula daripada bulan Julai ini, pihak sekolah telah melancarkan Program "Al-Quran Petunjuk Hidupku". Program ini bertujuan menerapkan nilai-nilai murni yang disarankan oleh Islam seperti mana yang terkandung di dalam ayat-ayat Al-Quran kepada pelajar. Program ini berlangsung 2 minggu sekali di mana para pelajar disaran untuk memiliki Al-Quran tafsir sendiri. Seorang ustaz yang dilantik akan membacakan surah tertentu dan menafsir surah tersebut.
Diharapkan usaha murni ini dapat membentuk peribadi mulia di kalangan para pelajar. InsyaAllah..

Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pelajar dan warga SMK Tambun Ipoh. Dengan ini bermulalah official blog untuk smk tambun.... Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terhadap pembinaan official blog ni.